Oleh:
Mohd Sufiean Hassan
Pegawai Perhubungan Awam KUIM
PARTI KERAMAT BELA
PERPADUAN, KEMAJUAN DAN KELESTARIAN UMAT, DULU, KINI, SELAMANYA…
Naib Canselor KUIM Telusur
Sejarah Perjuangan dan Sumbangan UMNO
UMNO/ Barisan
Nasional pada hari ini merupakan kesinambungan sejarah kewujudan UMNO tahun
1946 yang banyak membuktikan perjuangan mereka adalah untuk membela dan
memperjuangkan nasib orang melayu sejak sebelum merdeka hingga ke saat ini.
Perjuangan UMNO turut
memberi kesan positif kepada keamanan, kestabilan sosio-politik dan kemajuan
ekonomi Malaysia pada hari ini.
Seluruh
lapisan masyarakat pasti menyedari dan memahami peranan UMNO dalam membela
bangsa melayu sebagai teras bangsa di Malaysia, namun tidak semua menyedari dan
memahami akan perit getir, kesukaran dan rintangan yang dialami
pemimpin-pemimpin negara dalam memastikan keamanan kestabilan negara,
sosio-politik, perundangan dan ekonomi terpelihara.
Justeru
itu, rencana ini akan menyelusuri perspektif Naib Canselor Kolej Universiti Islam
Melaka (KUIM), Prof. Emeritus Datuk Wira
Dr. Mohd Yusoff Hashim tentang sumbangan dan perjuangan UMNO peranan dari kanta
dan sejarah penubuhan dan perkembangan UMNO.
SEJARAH PENUBUHAN UMNO: KEPERLUAN
PERJUANGAN ORANG MELAYU
Sejarah penubuhan UMNO adalah rentetan daripada
penentangan terhadap penubuhan Malayan Union oleh Sir Edward Ghent yang
menggariskan beberapa ciri-ciri utama termaktub dalam Perlembagaan Malayan
Union antaranya negeri-negeri melayu menjadi tanah jajahan British secara
mutlak dengan istilah Malayan Union.
Di samping itu, penubuhan Malayan Union turut
memperlihatkan kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan mandat tersebut diberikan
kepada Gabenor British dan secara langsung orang Melayu hilang kuasa milikan
sebagai penduduk asal dan pribumi tanah melayu.
Tidak berhenti di situ, British terus mengatur
strategi untuk menakluk Tanah Melayu secara total melalui Perjanjian Malayan
Union di mana, British mengambil bidang kuasa sepenuhnya daripada sembilan
orang Raja-Raja Melayu dan ini bermakna Raja England akan berkuasa penuh ke
atas negeri-negeri dalam Tanah Melayu.
Bertitik tolak dari peristiwa ini, semangat
penentangan British membara di kalangan orang Melayu pada ketika itu dan
membawa kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) atau
UMNO (1946) melalui Kongres Melayu SeMalaya dan merupakan parti ulung orang
Melayu dipengerusikan oleh Dato’ Onn Jaafar.
PERJUANGAN
UMNO DEMI TANAH TUMPAH DARAH & KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU
Kebangkitan orang Melayu melalui UMNO melakar sejarah
penting negara apabila berjaya menggagalkan usaha pihak British mengubah taraf
Negeri-Negeri Melayu yang bernaung (protectoriate)
kepada tanah jajahan British (colony).
Ini jelas, perjuangan UMNO dalam mempertahankan kedaulatan tanahair untuk
keamanan bukan sahaja untuk keluarga mereka pada ketika itu, malah untuk
generasi pada hari ini.
Perjuangan UMNO turut jelas menyatakan perlembagaan
yang menyentuh masa depan orang Melayu dan Tanah Melayu hendaklah digubal
dengan mendapat pandangan dan persetujuan orang Melayu terlebih dahulu dan
bukannya mengikut acuan budaya British.
Di samping memperjuangkan hak undang-undang orang
Melayu, UMNO turut mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang semakin
terhakis kuasanya kerana Malayan Union. Ketika pembentangan Perlembagaan
Malayan Union, Raja-Raja Melayu tidak diberi peluang membaca kandungan
perlembagaan tersebut kerana kehilangan kuasa, secara langsung Raja-Raja Melayu
juga tidak mungkin mampu mempertahankan hak orang Melayu.
Kelicikan British untuk mengusir orang Melayu
dihidu UMNO, justeru itu, UMNO bersama 107 orang wakil daripada 41 persatuan
bangkit menentang dan mengusir pihak British yang rakus ingin menguasai Tanah
Melayu.
Akhirnya, perjuangan, usaha dan keringat serta
bakti UMNO membuah kejayaan besar untuk orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan
Tanah Melayu serta kemanisan perjuangan UMNO turut dinikmati oleh generasi pada
hari ini.
UMNO: BELA
NASIB KAUM MELAYU
UMNO parti keramat ini telah membela hak-hak
keistimewaan orang melayu dan meneruskan ketuanan melayu dengan cara menubuhkan
satu organisasi yang memperjuangkan nasib orang melayu. Nasib orang melayu
telah dipulangkan pada tahun 1948 di mana raja-raja melayu telah dikembalikan
kuasa dan orang melayu dikembalikan kerakyatan dan menjadi rakyat kepada
duli-duli raja melayu ini.
Melalui sebuah gagasan yang ingin memerdekakan
tanah melayu dengan kerjasama Parti Perikatan UMNO (wakil kaum melayu), MCA
(wakil kaum cina) dan MIC (wakil kaum India) satu transformasi politik terjadi
dan munculnya Kebijaksaan Politik (Politics
Wisdom) yang diambil oleh pemimpin politik terdahulu seperti Dato’ Onn
Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan
kemerdekaan.
Dengan kegigihan UMNO/ Perikatan dengan kerjasama
kaum lain perjuangan menuntut kemerdekaan terhasil apabila UMNO/ Perikatan
mendapat kejayaan besar dalam pilihanraya 1955 yang menyebabkan British
terpaksa akur dengan tuntutan UMNO dan
akhirnya tanah melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tanah Melayu/ Malaysia jauh lebih maju berbanding
dengan negara-negara lain yang mendapat kemerdekaan pada tahun yang sama
seperti Ghana. Selain itu, melalui UMNO dan Perikatan banyak perkara berkaitan
ketuanan melayu telah dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Agama Islam
sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu, Institusi Raja-raja sebagai institusi
check and balance terutama melalui
Majlis raja-raja melayu artikal 38 Perlembagaan Persekutuan tanah melayu.
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN & KAUM MELAYU
UMNO juga merupakan parti yang mencetuskan artikel
152 berhubung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan artikel 160
(2) Perlembagaan Persekutuan di mana Bahasa Melayu dan Agama Islam menjadi
sebahagian komponen pengertian istilah Melayu di Malaysia.
Begitu juga dengan perkara 153
berhubung dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan
Sarawak.
Parti Keramat UMNO lah yang
memperjuangkan hak kedudukan orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak
dengan menjadikan Melayu pemegang kuasa dan induk kepada pemerintahan dan
kerajaan yang mencetuskan kepada istilah Ketuanan
Melayu dan menjadi tanggungjawab YDPA untuk memastikan perkara 153 ini
dilaksanakan.
Jadi dilihat secara keseluruhan
terbentuknya sebuah perlembagaan adalah merujuk kepada sejarah dan tradisi
bangsa yang diwarisi beratus-ratus tahun sehingga taraf raja-raja Melayu juga
bertukar daripada identitinya sebagai raja mutlak menjadi raja berperlembagaan
yang dikawal oleh perlembagaan dan juga hak-hak yang dihadkan oleh perlembagaan.
Sehingga kini UMNO terus
mengembangkan sayap untuk membina bangsa melayu sebagai teras bangsa dan
penduduk asal negara ini.
UMNO MEMPERJUANGKAN SYARIAT ISLAM
Menurut Dr. Mohd Yusoff juga, di bawah pemerintahan UMNO juga, Islam
telah direalisasi dengan pelbagai kaedah dengan penubuhan Majlis Agama Islam
negeri-negeri, Bank Islam, Institusi Pajak Gadai Ar-Rahnu yang berkonsepkan Islam,
Institusi pendidikan yang berteraskan Islam, Universiti Islam Antarabangsa
(UIA), Kolej Universiti, dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti Tilawah
Al-Quran, pembinaan masjid-masjid, rancangan radio, program realiti berkonsep Islamik
seperti program Imam Muda, Daie dan Ustazah Pilihan, Majlis wakaf dan Tahlil
semuanya perjuangan yang ditegakkan oleh UMNO dan semangat perikatan/ Barisan
Nasional untuk orang Islam.
Maka itu, dunia luar mengiktiraf
Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam yang bukan sahaja mempraktikan Islam
dalam hal pentadbiran, malah sebuah negara Islam yang maju, berdaya saing dan
berjaya.
Para sarjana undang-undang
berkata sekiranya Malaysia akan melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya sehingga
90 peratus undang-undang tersebut telah diadakan di Malaysia.
Selain itu, kebanyakan Institut
Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini menggunakan dana awam dan tidak
bertentangan dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan malah Malaysia dianggap
sebagai sebuah negara contoh dari segi kemajuannya di zaman moden ini.
Kerajaan melalui UMNO telah
melaburkan berjuta-juta ringgit untuk membela nasib orang melayu dari segi politik,
ekonomi dan sosialnya. Di bawah pemerintahan UMNO/ Barisan Nasional turut telah
membina program-program pembangunan ekonomi gergasi dengan membuka ladang
getah, kelapa sawit serta institusi pembangunan seperti RISDA, FELDA, FELCRA
dan sebagainya.
Malah dari segi pendidikan,
kerajaan UMNO/ Barisan Nasional telah mendirikan berbagai-bagai sekolah, maktab
pengajian dan institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi MARA
(UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan sebagainya
Kesimpulanya, kerjasama antara
kaum dan kongsi kuasa antara UMNO, MCA dan MIC adalah untuk melahirkan
masyarakat berpadu serta melalui persetujuan maka dapat melahirkan perlembagaan
persekutuan sekarang ini.
Melalui Kontrak Sosial serta persatuan
antara kaum maka rakyat dapat hidup makmur, aman dan pesat membangun di bawah
Parti keramat UMNO/ Barisan Nasional. Perkara ini sesuai dengan konsep
wasatiyyah (kesederhanaan) dan tidak extreme yang kini menjadi wawasan negara.
Kewujudan parti-parti lain
seperti PAS, PKR dan DAP hanyalah sebuah parti serpihan dari institusi politik yang membela nasib orang-orang
melayu. UMNO telah Berjaya melestarikan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dan
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia.
Maka, wajar rakyat Malaysia
melihat kepada realiti pembangunan dan sumbangan yang telah diberikan serta
memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional agar matlamat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020 tercapai.
Janganlah kita menjadi seperti
kacang lupakan kulit. Jangan Melayu mudah lupa tentang sumbangan dan peranan
parti keramat UMNO yang telah memperjuangkan nasib melayu dan mempertahan hak
melayu sejak dulu, kini dan selamanya.
Bangkitlah orang Melayu satu
seruan, demi bangsa dimartabatkan, harapan negara tidak dipersiakan, perjuangan
UMNO tidak sekali dipersiakan.
No comments :
Post a Comment